seismik

Viral Gadis Ayu Berketurunan 'Bugis Jawa' Mirip Mira Filzah Ini Dikatakan Try Hard

Sama tak guys?

Cover image via @fightyxox (TikTok)

Memiliki paras rupa seperti artis terkenal adalah isu yang sering menjadi topik hangat dalam kalangan netizen

Sama juga seperti seorang gadis ini yang dikatakan mukanya mirip pelakon popular iaitu Mira Filzah. Biar betul ni?

Tular baru-baru ini videonya di laman sosial TikTok apabila dia telah mendapat perhatian dan pujian ramai kerana rupa parasnya sebiji macam Mira Filzah.

Namun, ada pula yang tidak senang melihatnya dipuji ramai dan menganggap dia try hard untuk nampak seperti pelakon terkenal itu.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@fightyxox

Reply to @ahmadsalam90 yes its not miraa

original sound - qwepziy

Gadis yang bernama Nur Azimah itu dikatakan mirip seperti Mira Filzah lebih-lebih lagi semasa dia memakai telekung

Berketurunan Bugis Jawa dan juga berasal dari Sabah, Nur Azimah mula menjadi buah mulut ramai sejak tahun lalu selepas dia memuat naik video biodata tentang dirinya.

Jika dilihat daripada alis mata, hidung dan senyumannya pasti membuatkan anda keliru sama ada dia benar-benar Mira Filzah atau tidak.

Walau bagaimanapun, dia merasa rendah diri dan berkata bahawa rupanya jauh beza dengan artis itu.

Di sebalik ribuan pujian yang diterima, dia juga dikecam kerana ada yang berpendapat dia seperti try hard nak nampak macam Mira Filzah

Susulan tularnya wajah gadis tersebut, dia telah menerima banyak kata-kata positif daripada netizen yang menyamakan mukanya dengan Mira Filzah.

Namun, terdapat satu komen yang mencuri tumpuan ramai apabila dia dikatakan terlalu ingin menunjukkan mukanya seperti artis itu. Nur Azimah juga telah membalas komen tersebut.

Dalam pada itu, berikut di bawah adalah antara komen positif daripada netizen di TikTok:

Lain orang lain pendapat kan. Korang pulak macam mana?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: