seismik

Bila Mesin Termometer Tinggi Sangat, Cikgu Dekah Tengok Murid Tak Menyabar Angkut Sendiri

Cikgu pun , lambat sangat!

Cover image via @tapa.son (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, kita semua sudah biasa dengan kehidupan norma baharu seperti pemakaian face mask dan mengimbas suhu di mesin termometer sebelum masuk ke mana-mana premis

Tidak kiralah golongan dewasa atau kanak-kanak, semua orang perlu sama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi keselamatan bersama.

Namun, tular pula gelagat seorang kanak-kanak perempuan baru-baru ini apabila dia ingin masuk ke tadika telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tapa.son Punca kenapa imbas suhu tidak perlu lagi #kkm Funny Laugh no no no - Sound Effect

Mesin termometer tinggi sangat, selamba angkut tepek dekat dahi

Menerusi perkongsian video daripada @tapa.son, kelihatan kanak-kanak itu baru saja sampai di tadikanya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia dilihat gigih ingin mengimbas suhu sebelum masuk ke kelas.

Disebabkan mesin termometer di tadikanya agak tinggi dan dia tidak sampai untuk mengimbas suhu di dahinya, kanak-kanak itu selamba mengangkat mesin tersebut dan halakan ke dahinya.

Perkara itu membuatkan dua orang guru tadika yang baru sampai untuk menjemputnya tergelak melihat tindakan spontan kanak-kanak berkenaan.

"Payah sangat, benda boleh angkat hahaha terbaik dik. Cikgu pun tak boleh nak tolong tau" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 2.4M views, 216.6K likes dan 10.8K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu yang lucu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakarlah, dia geram sangat tu mesin termometer tinggi sangat sampai terpaksa guna cara sendiri :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: