seismik

[VIDEO] Lelaki Mengeluh Jemput Bini Balik Kerja, Tapi Bila Masuk Kereta Lain Pula Jadinya

Aik? Takut bini ke bang?

Cover image via @saudagarfaiz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Suami merupakan ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab sangat besar dalam rumah tangga

Namun, tidak semestinya dengan memegang title orang paling 'berkuasa', suami boleh membuat apa saja.

Malah, sebenarnya ramai juga di antara mereka yang 'takut bini' dan hanya mampu membebel atau mengeluh semasa ketiadaan isteri di depan mata.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang mengeluh semasa menjemput isterinya balik dari kerja telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bukan main membebel dalam kereta, sekali bila isteri sampai terus bertukar skrip

Menerusi video yang dikongsi oleh @saudagarfaiz, kelihatan lelaki itu sedang menunggu isterinya yang baru saja habis kerja di dalam kereta.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia mengeluh tidak berhenti semasa merakam isterinya turun dari tangga.

"Menyirap siak, terkedek-kedek. Adoi cepatlah sikit, ingat aku tak ada kerja lain ke nak kena menjemput kau lah apa lah. Aduhai, pintu pun nak kena bukak. Lembab!" bebelnya.

Namun, sebaik saja isterinya masuk ke dalam kereta, tiba-tiba suaranya berubah 100% menjadi lembut. Malah, dia siap bertanya tentang keadaan isterinya seperti seorang lelaki yang penyayang.

"Asal dia masuk bunyi lain pulak jadinya bang? Salah setting voice ke? Haha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1.7M views, 172.4K likes dan 3.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan.

Malah, ada yang sempat berseloroh kononnya dia bakal tidur luar rumah malam jika isterinya mendapat tahu tentang apa yang berlaku.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Eleh, kalau berani cakaplah depan-depan bang. Baru gentle! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: