seismik

Gadis Prank Ayah Konon 'Stranger' Ajak Dating Pergi Pantai, Reaksinya Pula Mencuit Hati

Tak tenang ayah dia nak makan.

Cover image via @jazleenaa001 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebanyakan anak perempuan sememangnya lebih rapat dengan ayah berbanding ibu sejak kecil lagi

Ayahlah yang menjadi peneman dan pelindung mereka setiap kali dimarahi oleh si ibu. Tetapi, tidak semestinya kena marah itu tanda tidak sayang.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular ini apabila seorang gadis melakukan prank kepada ayahnya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja buat-buat call boyfriend konon nak ajak dating dekat pantai untuk tengok reaksi ayah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jazleenaa001, kelihatan ayahnya sedang menikmati makanan seorang diri.

Pada awalnya, gadis itu yang duduk di belakang si ayah dengan sengaja membuat panggilan dengan teman lelakinya.

Namun, apa yang mengejutkan ayahnya adalah apabila dia meminta izin untuk keluar bersama seorang lelaki dan berjalan-jalan di pantai.

Lebih melucukan lagi, reaksi spontan ayahnya seolah-olah mula naik angin itu membuatkan anaknya tergelak.

"Sampai berpusing-pusing kepala daddy dia, get ready the father dah siap tu nak rendam that boy hahaha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M tontonan, 184.4K tanda suka dan 2.4K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu, lebih-lebih lagi ayah gadis tersebut yang tidak keruan dibuatnya apabila dapat tahu anak nak keluar dating dengan stranger.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada TikTok:

Ayah dia hampir hilang sabar dah tu, tapi makan tetap makan ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: