seismik

[VIDEO] Suami Nak Keluar Main Badminton, Tapi Cara Wanita Ini Izinkan Pula Curi Tumpuan

Habislah persatuan isteri semua ikut lepas ni.

Cover image via @amalina.kasim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sukan badminton boleh dikatakan sering menjadi hobi para lelaki dan perempuan

Bagi orang bujang, mungkin mereka tidak ada masalah dan kekangan masa untuk bermain bersama kawan-kawan. Nak bermain sampai lewat malam pun boleh.

Namun, tidak bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak di rumah. Sudah pasti memerlukan toleransi atau izin daripada pasangan terlebih dahulu sebelum keluar.

Seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan telatah seorang wanita untuk mengizinkan suaminya keluar bermain badminton telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@amalina.kasim Hobi suami itu mahal.. @firdaus_940 original sound - Amalina Kasim

Hobi suami mahal, tapi ada syaratnya kalau nak main badminton

Menerusi video yang dikongsi oleh @amalina.kasim, kelihatan wanita itu berkongsi perbualan dia dan suaminya di WhatsApp.

Suaminya itu ingin keluar bermain badminton. Namun, dia perlu membuat sesuatu untuk mendapatkan izin daripada si isteri.

Dia dilihat sempat memasukkan RM50 ke dalam akaun bank isterinya sebagai tanda 'lampu hijau' untuk bermain badminton bersama kawan-kawan.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila si isteri pula memberikan ayat gurauan selepas mendapat duit. "Hati-hati b, bagus b sentiasa bersukan. Baik untuk kesihatan, esok badminton lagi tau," katanya.

"Suami saya pun macam ni, tapi dia pergi ride. Kalau ride ni lagi mahal yuran dia ye" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 404.1K views, 26.3K likes dan 3.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara wanita itu memberikan izin kepada suaminya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain macam ya cara akak ni, siap boleh buat kira-kira seminggu dapat berapa. Lawak! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: