Lelaki Ini Dipuji Ramai Sebab Gigih Balutkan 'Buku Pink' Isteri, Hasilnya Memang Kemas!
Terbaik suami dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap wanita hamil pasti sudah biasa berteman dengan buku pink bukan?
Buku pink digunakan sebagai rekod semasa check up bersama doktor untuk memantau kesihatan dan perkembangan para ibu dan bayi di dalam kandungan.
Malah, ia amat penting sebagai bukti di hospital jika berlaku apa-apa kecemasan terutamanya sewaktu tiba masa untuk bersalin.
Walau bagaimanapun, antara kekurangan dokumen ini adalah ia agak nipis, leceh untuk dijaga dan mudah rosak.
Jadi, tidak hairanlah jika baru-baru ini seorang lelaki mengambil inisiatif untuk membalut buku pink isterinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami gigih balut dan kemaskan buku pink demi kemudahan isteri, siap letak pen
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mrs.tan7, kelihatan wanita itu merakam gelagat suaminya yang sedang membalut buku pinknya yang sudah bersepah dengan kertas rekod kesihatan.
Hal ini kerana jururawat yang bertugas selalu akan menampal saja kertas-kertas tanpa mengikut saiz buku dan ia membuatkan buku itu kelihatan sangat tidak kemas.
"Husband nak balut tapi buku pink ni susah nak balut sebab nurse dah lekat dalam dia dengan macam-macam kertas. So suami dapat idea balut dengan cover buku. Kemas la pulak kan. Lepas ni dah tak terpeleot bucu-bucu buku tu kena bag," katanya.
"Rajinnya, telitinya. Allah bagus sungguh la suami akak, so sweet" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 157.6K views, 11.2K likes dan 150 shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut memuji kesungguhan suami wanita itu yang sangat mengambil berat untuk memudahkan urusan isterinya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!