seismik

[VIDEO] Isteri Tengah Sakit Contraction, Suami Pula Saja Kacau Menyempat Bagi Teka-Teki

Nasib baik tak kena halau dari labour room tu bang.

Cover image via @hairihussain (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Isteri mana je yang tak mahu suami temankan semasa berada di wad bersalin bukan?

Suami merupakan support system paling utama buat isteri ketika sedang menahan sakit kontraksi dan juga bertarung nyawa demi melahirkan zuriat.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menguatkan semangat isteri seperti berzikir dan selawat, membacakan surah-surah lazim dan juga memberi sokongan dari segi rohani.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh lelaki ini apabila dia memberikan teka-teki kepada isterinya di dalam wad bersalin telah menarik perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hairihussain Semoga dipermudahkan urusan bersalin isteriku. Semoga Allah selamatkan awk dan anak kita #fy #fyp #fyp #labourandbirth original sound - Hairi Hussain

Isteri tengah tahan contraction, boleh pula suami bagi teka-teki

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hairihussain, kelihatan dia sedang menemani isterinya di dalam wad bersalin di sebuah hospital.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila lelaki itu buntu bagaimana untuk mengurangkan sakit si isteri dan cuba untuk membuatnya ketawa.

Dia dengan spontan memberikan satu teka-teki kepada isterinya. "Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang boleh bergerak?" soalnya. Perkara itu membuatkan si isteri menyuruhnya diam kerana tidak mampu untuk melayan teka-teki tersebut.

Setelah beberapa saat menunggu, akhirnya lelaki itu menjawab dengan sendiri "nasi goreng pattaya sebab dia ada empat tayar" lalu tergelak kecil.

"Risau anak dia nanti keluar dia bagi teka-teki kat ayah dia pulak. Bini dia dah tek boleh nak nak jawab dah tu haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 3.5M views, 407.4K likes dan 12.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara lelaki itu melayan isterinya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Effort tu dah bagus bang, tapi salah timing pula. Apa-apa pun, semoga isteri selamat melahirkan anak :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: