"Hampir Kantoi" - Isteri Berleter Kena Jemput Suami Main Takraw, Bila Jumpa Auto Manja
Fuhh nasib baik tak kantoi kak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Gurau senda dalam rumah tangga sememangnya dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri
Ada pasangan yang sudah biasa bergurau kasar. Ada juga yang suka bergurau manja.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang wanita yang membebel apabila kena jemput suami balik dari main sepak takraw telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempat merungut sebab kena jemput suami, sekali bila masuk kereta lain pula yang jadi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafizasamad, kelihatan dia sedang menunggu suaminya pulang dari perlawanan sepak takraw.
Apa yang mencuit hati adalah apabila wanita itu merungut kerana terpaksa menghantar dan menjemput si suami pagi dan petang.
Namun, sebaik saja suaminya masuk ke dalam kereta, wanita tersebut terus bertukar nada daripada tinggi ke rendah dan bertanya keadaan suaminya.
Malah, dia siap membuat suara lembut dan menjadi manja. Bukan itu saja, dia siap memberikan kata-kata semangat selepas diberitahu si suami dapat nombor last.
“Hahaha dia punya sayang tu kemain lembut, sebelum tu kemain garang” - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 273.2K views, 18.5K likes dan 294 shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu. Malah, ada yang berseloroh ingin memberitahu suaminya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!