seismik

Wanita Pasrah Kahwin Dengan Anak Bongsu, Suami Jenis Suka Buat Perangai Kalah Budak-Budak

Masuk air eh suami dia.

Cover image via @tyraayusof (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika sudah namanya anak bongsu, tidak kiralah masih bujang ataupun sudah berkahwin, pasti perangai kanak-kanak masih melekat bukan?

Iyalah, mana tidaknya. Sejak kecil sudah dimanjakan oleh ibu bapa dan kalau bergaduh dengan adik beradik confirm kakak dan abang kena mengalah dengan si bongsu.

Seperti baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan gelagat suami kepada seorang wanita ini yang merupakan anak bongsu telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tyraayusof

Banyak sabar dah aku daripada couple sampai dah kawin

original sound - Hanim

Banyak sabar dari zaman couple sampai kahwin, perangai kanak-kanak suami masih tak berubah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tyraayusof, kelihatan dia merakam koleksi aksi spontan suaminya yang merupakan anak bongsu itu.

Si suami dilihat sering membuat perangai kelakar dan kadangkala seperti budak-budak kecil. Wanita itu pasrah melayan perangai gila-gila suaminya itu.

"Banyak sabar dah aku daripada couple sampai dah kahwin," katanya.

"Di helicopter kan nya kucing tu. Haha takpalah, membahagiakan betul kalau gini" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.2M views, 356.1K likes dan 2.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah, ada yang selaku anak bongsu turut bersetuju dengan perangainya yang sama. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apalah kak, yang penting dia setia walaupun kadang-kadang perangai dia annoying. Faham sangat :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: