"Rindu Ke Tu?" - Isteri Kena Kuarantin, Aksi Suami Skodeng Dari Tingkap Ini Curi Tumpuan
Gila tak rindu?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak lama lagi, kita akan memasuki fasa endemik dan membiasakan hidup dengan norma baru
Sedar atau tidak, majoriti daripada kita sekarang sangat mudah dijangkiti Covid-19 walaupun sudah mengambil tiga dos vaksin bukan?
Malah, kadangkala kita duduk terperap di rumah saja pun boleh terkena jangkitan wabak jahat ini. Tak pasal-pasal kena kuarantin di rumah dan duduk berjauhan dengan ahli keluarga lain.
Namun, sebuah video tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang lelaki apabila isterinya terpaksa kuarantin dan tinggal berasingan dengannya telah menarik perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpaksa berpisah buat sementara waktu, suami gigih 'skodeng' dekat tingkap rindu isteri tengah kuarantin
Menerusi video yang dikongsi oleh @shazzmila, kelihatan wanita itu terkena jangkitan Covid-19 dan terpaksa kuarantin di dalam sebuah bilik yang agak jauh dari rumahnya.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia sempat merakam senyap-senyap gelagat suaminya yang kerap datang 'skodeng' di tingkap bilik untuk melihat keadaan si isteri.
Ada kalanya, si suami dilihat sengaja buat-buat melintas dan berkebun di kawasan luar rumah. Sedangkan dia ingin memantau keadaan isteri tercinta. Wanita itu pula berseloroh di kapsyen video dengan menulis "rindu ke tu?".
"Siapa tak rindu bini oi. Teman gaduh, teman sehidup semati" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 269.3K views, 23.5K likes dan 393 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!