"Contoh Terbaik" - Netizen Puji Wanita Ini Letak Nama Anak Pendek Supaya Senang Panggil
Sedap-sedap nama anak dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap pasangan yang menunggu hari berjumpa dengan si kecil pasti teruja untuk memberikan mereka nama pilihan masing-masing bukan?
Pada zaman kini, kebanyakan ibu bapa lebih suka memberikan dua hingga tiga nama buat anak mereka kerana tidak tahu ingin memilih yang mana satu paling sesuai.
Malah, ada kes yang lagi rare sampai letak nama anak bukan main panjang. Jangan terkejut, ada yang letak lebih dari lima nama tau.
Namun, lain pula dengan sepasang suami isteri ini apabila tular video mereka mendedahkan nama anak paling singkat telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Malas nak tulis panjang-panjang di kemudian hari, parents letak nama anak 'seketul je'
Menerusi video yang dimuat naik oleh @deniaeyenie, kelihatan ibu kepada lima orang anak itu berkongsi nama-nama anaknya yang hanya satu patah perkataan saja setiap seorang.
Antaranya adalah Nuh, Anas, Isa, Muaz dan Hawa. "Bila mak kau sejenis pemalas nak tulis nama anak dalam borang di kemudian hari," tulisnya di kapsyen video.
Walau bagaimanapun, kesemua nama anaknya membawa maksud yang sangat hebat dan baik. Malah, ia juga turut memudahkan orang lain seperti cikgu mereka untuk ingat nama murid di sekolah kelak.
"Ibu bapa yang bijak, tak menyusahkan diri sendiri dan anak di kemudian hari. Need more parents like this!" - Warganet
Ekoran tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 624.5K views, 49.4K likes dan 592 shares di TikTok, rata-rata warganet turut memuji wanita itu dan suaminya kerana pandai memilih nama anak.
Malah, ada yang berpendapat jika letak nama panjang-panjang pun nanti akhirnya tetap panggil tiga huruf juga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Mesti anak-anak dia nak tulis nama dekat buku sekolah nanti pun senang je kan. Terbaiklah parents diaorang! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!