seismik

Atuk Bagi Nama Cucu 'Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl', Respon TikToker Ini Bikin Dekah Warganet

Macam mana nak sebut tu?

Cover image via @alifffroslan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, setiap pasangan suami isteri akan merasa teruja untuk memberikan nama kepada anak yang baru lahir

Tidak terkecuali juga dengan ahli keluarga lain termasuklah datuk dan nenek yang turut memberikan cadangan nama kepada cucu mereka.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki memberikan respon kepada nama seorang bayi lelaki menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@alifffroslan

Mcm mane sebutan name yg betul ni? ##fyp ##life

original sound - Aliff Roslan

Nama pelik sangat sampai tak tahu nak sebut macam mana

Image via reportr

Menerusi perkongsian video daripada Aliff Roslan, kelihatan dia memaparkan tajuk artikel di TikToknya mengenai seorang bayi lelaki di Filipina yang diberi nama Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl.

Menurutnya, nama bayi itu diberikan oleh datuknya. Namun begitu, respon lelaki tersebut menimbulkan dekah ramai apabila dia cuba menyebut nama berkenaan.

"Atuknya pun, macam mana nak panggil anak tu? Eh Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghy," katanya.

"Husnuzon, maybe atuk dia sengau, hahaha " - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 805.5K tontonan, 79.7K tanda suka dan 4.1K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat respon lelaki berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Aduhai, nasib baik bukan dekat Malaysia. Buat hal lah atuknya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: