seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Cuba Tiru Cara Diva AA Bercakap, Ramai Terhibur Sebab 'Sebijik' Sama!

Kalau pejam mata, mati-mati ingat Diva AA.

Cover image via @divabb_7714 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je dekat Malaysia ni yang tak kenal Azwan Ali atau lebih popular dipanggil sebagai Diva AA bukan?

Seperti mana yang kita tahu, Diva AA terkenal dengan ayat-ayat pedasnya yang kadangkala juga membuatkan ramai terhibur dengan gayanya yang spontan itu.

Namun baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok mengenai seorang lelaki yang cuba meniru cara percakapan dan gaya Diva AA mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suara sebijik macam Diva AA, gaya pun sama

Menerusi video yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai @divabb_7714, kelihatan dia cuba bercakap sambil membuat gaya seperti Diva AA.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila suaranya sebijik sama seperti Diva AA. Malah, ramai yang ingat dia miming pada mulanya.

"Hi uolls, Assalamualaikum! See my level, the world class only kau haha dislike dislike dislike!" katanya.

"Suara macam Diva AA, muka macam Mamat Khalid. Sebijik!" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 516.1K views, 46.3K likes dan 3.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan terkejut selepas mendengar suara lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hebatlah abang, boleh bergabung dengan Diva AA ni confirm meletop! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: