Macam Pergi Berperang, Ibu Kongsi Keadaan Anak Sebelum & Selepas Balik Sekolah Undang Tawa
Allahu, bergaduh dengan siapa tu dik?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hari pertama persekolahan pasti membuatkan ramai pelajar teruja setelah sekian lama bercuti dan hanya belajar secara dalam talian saja
Ibu bapa juga tidak kurang terujanya, seronok menghantar anak ke sekolah dan ada yang sanggup menunggu sehingga kelas anak berakhir.
Kebanyakan pelajar sekolah rendah terutamanya bagi mereka yang baru saja melangkah ke tahun satu, sudah tentu belum pandai berdikari lagi. Baju, tudung dan kasut sekolah semuanya diuruskan oleh ibu dan ayah.
Namun, ramai di antara mereka yang gagal mengekalkan kekemasan pakaian sebaik saja berakhir sesi persekolahan. Tidak terkecuali dengan seorang budak perempuan ini apabila tudungnya menjadi perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tudung anak serupa macam pergi berperang selepas balik sekolah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yenmiamour, kelihatan budak perempuan itu sempat mengambil gambar bersama kawannya pada pukul 7 pagi iaitu sebelum sekolah bermula.
Namun, apa yang menghiburkan adalah sebaik saja dia pulang dari sekolah pada pukul 12 tengah hari, tudungnya yang kemas pagi tadi telah menjadi tidak terurus, senget dan ke depan seperti baru lepas bergaduh.
Perkara itu ternyata membuatkan ramai gelak sakan melihat gelagat spontan budak itu berjalan tanpa rasa bersalah.
"Haha baru pukul 12, kalau sampai petang tak tahulah. Jalan pun tak betul dah" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.4M tontonan, 103.4K tanda suka dan 13.4K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat keadaan budak perempuan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!