seismik

[VIDEO] Gelagat Mak-Mak Berderet Intai Anak Dari Tembok Sekolah Ini Buat Ramai Terhibur

Mesti rindu anak kan?

Cover image via @faridahabd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, semalam 21 Mac 2022 merupakan hari pertama sesi persekolahan bermula setelah sekian lama bercuti

Seperti biasa, pelbagai gelagat dan ragam yang kita dapat lihat dalam media sosial tidak kiralah anak-anak ataupun para ibu bapa.

Tambahan pula jika itu merupakan pertama kali berpisah dengan anak masing-masing, sudah tentu ada adegan ibu bapa menangis betul tak?

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila gelagat mak-mak mengintai anak melalui tembok sekolah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak boleh hantar anak sampai dalam kelas, semua pakat intai dari tembok

Menerusi perkongsian video daripada @faridahabd, kelihatan beberapa orang wanita sedang berdiri di luar pagar sekolah sambil mengintai anak masing-masing untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.

Iyalah, siapa je yang tidak risaukan anak lebih-lebih lagi pada hari pertama persekolahan bukan? Video tersebut dipercayai dirakam di Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah, Port Dickson.

Rakaman tersebut ternyata berjaya mencuri perhatian dan membuatkan ramai boleh relate dengan situasi berkenaan.

"Ibu-ibu paling risau anak-anak mula sekolah kan. Risau makan macam mana, boleh berdikari ke tak" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 448.1K tontonan, 13.6K tanda suka dan 1.9K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Biasalah tu hari pertama mestilah nak pastikan anak semua okay kan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: