seismik

[VIDEO] Roti Canai Terbang Sangkut Di Kepala, Reaksi Budak Ini Pula Buat Ramai Gelak Sakan

Muka dia tu main peranan betul, adoi lawak!

Cover image via @raihanharum (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Roti canai terbang bukanlah satu makanan asing lagi bagi rakyat Malaysia

Aksi ligat penebar roti canai yang menunjukkan macam-macam skill membuatkan kita seronok melihat mereka. Namun, jika tersalah step, mahu melayang roti canai itu ke merata tempat.

Seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan reaksi spontan seorang budak lelaki apabila roti canai terbang di kepalanya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@raihanharum

Ya Allah adik aku ..cer teka kat mana ni

original sound - rai

Seronok tengok roti canai terbang, sekali tersangkut dekat kepala

Menerusi perkongsian video daripada @raihanharum, kelihatan budak lelaki itu dan keluarganya sedang duduk di sebuah meja kedai makan roti canai.

Apa yang melucukan adalah apabila budak itu sedang fokus melihat aksi dua orang pekerja membuat roti canai terbang, salah seorang daripada mereka terlepas untuk menangkap roti canai tersebut dan melayang di kepala budak lelaki berkenaan.

Lebih menghiburkan lagi, reaksi mukanya yang ketat seolah-olah sedang menahan marah sambil bersilang tangan itu membuatkan ahli keluarganya tergelak. Pekerja itu pula dilihat cepat-cepat mengalihkan roti canai dari kepalanya.

"Auto dapat sponsor roti canai, hahaha nak marah tapi kena sabar" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 12.9M tontonan, 1.9M tanda suka serta 43.4K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan dan reaksi muka budak lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasib baik dia tak sambung buat show roti canai terbang dekat situ :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: