seismik

"Ngeri Tengok" - Gadis Thailand Selamba Makan Nanas Dengan Kulit Ini Dapat Perhatian Ramai

Ini namanya saja cari nahas.

Cover image via @jinsu65 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, buah nanas biasanya perlu dikupas dulu kulitnya sebelum dimakan

Walaupun sudah dikupas, isinya juga sebenarnya mempunyai sifat tajam bahaya untuk dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang gadis memberanikan diri untuk memakan nanas tanpa mengupas kulit telah mengundang tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jinsu65

Video ថ្មីប្លែកភ្នែកសម្រាប់បងប្អូន

original sound - បូរិន

Selamba 'kokak' nanas tanpa kupas kulit, siap cicah sos

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jinsu65, kelihatan gadis tersebut bercakap dalam bahasa Thailand sambil menunjukkan sebiji nanas di tangannya.

Tidak lama kemudian, dia dilihat selamba mencicah nanas itu ke dalam semangkuk sos tanpa mengupas kulitnya terlebih dahulu.

Selepas itu, dia terus menggigit nanas itu tanpa rasa ragu-ragu dan mengunyahnya. Ternyata, aksi beraninya itu telah mendapat perhatian netizen dari negara luar.

"Durian next please without peeling too. Lepas makan dia pergi klinik jahit lidah terkoyak haha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 6.2M views, 274K likes dan 12.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut ngeri melihat gadis berkenaan menggigit nanas yang tajam itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sanggup ya buat benda membahayakan diri semata-mata untuk 'content' :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: