Sempoi Satu Family Pakai Tema Hitam, Majlis Resepsi Pengantin Ini Raih Perhatian Netizen
"Rare betul ni. Happening!" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila sebut saja tentang majlis kahwin, sudah pasti semua pengantin di luar sana inginkan konsep majlis yang meriah mengikut cita rasa masing-masing bukan?
Namun, bukan semua dream wedding itu boleh menjadi kenyataan. Tambahan pula jika ada ahli keluarga yang suka masuk campur dan tidak setuju tentang konsep, baju, pemilihan warna, dan sebagainya.
Tetapi, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila pasangan pengantin baru berani menggayakan busana kahwin serba hitam ala-ala Men In Black telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Satu family pakat pakai baju hitam, penuhi permintaan pengantin demi meraikan intimate wedding
Menerusi video yang dimuat naik oleh @belllazul, kelihatan dia berkongsi momen indah semasa majlis resepsinya yang dijalankan secara kecil-kecilan beberapa hari lalu.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat saja serta bertemakan konsep Men In Black dan Black Is Beauty.
Atas permintaan pengantin yang mahukan majlis resepsi mereka berjalan dengan lancar dan sempoi, kesemua ahli keluarga juga memberikan kerjasama memakai serba hitam untuk nampak elegan.
Malah, majlis resepsi tersebut juga dimeriahkan lagi dengan acara-acara untuk ahli keluarga seperti pertandingan catwalk, cabutan bertuah dan menyanyi beramai-ramai.
"Ni kalau ibu ayah I, mula lah dia keluar salasilah keluarga adat Melayu apa kebenda tah" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 351.2K views, 45.8K likes dan 1.6K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenai majlis kahwin berkonsepkan hitam itu.
Ada yang memuji pengantin dan keluarga mereka kerana semua sporting untuk memeriahkan majlis itu. Ada juga yang tidak bersetuju dengan konsep sempoi tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Apa-apa pun, majlis dia memang sempoi dan meriah. Lain orang lain taste kan? Yang penting pengantin happy :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!