seismik

"Pengantin Rock" - Cara Wanita Ini Jalan Masa Berarak Macam Gangster Buat Ramai Terhibur

Steady kak!

Cover image via @iamnonos (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hari persandingan merupakan detik terindah buat pasangan pengantin baru

Bagi pengantin perempuan, pastinya mereka teringin memakai busana cantik serta solekan di wajah untuk tampil ekstra cantik di hari bahagia itu.

Selalunya, pengantin perempuan akan berjalan dengan sopan santun sambil memegang lengan suami di sebelah.

Namun, lain pula dengan sebuah video ini apabila gelagat pengantin perempuan yang berjalan seperti gangster telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba jalan laju dan kasar sambil pegang kipas, tinggalkan pengapit dekat belakang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @iamnonos, kelihatan pengantin perempuan itu sedang berarak menuju ke tempatnya bersanding.

Dia yang pada awalnya diapit oleh seorang gadis yang memegang payung dilihat selamba meninggalkan rombongannya di belakang dan berjalan dengan laju di depan.

Lebih menghiburkan lagi, caranya berjalan tidak ubah seperti gangster yang ingin mencari gaduh. Sebaik saja ditegur oleh si perakam, dia cepat-cepat mengawal situasi dan berjalan semula di bawah payung bersama pengapitnya.

"Hahaha wedding Kak Long Tiger be like" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.1M views, 75.9K likes dan 1.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @iamnonos

Betul-betul macam nak cari gaduh ya cara dia jalan, mesti suami dia pemalu ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: