seismik

"Kucing Bawang" - Gelagat Si Meow Dengan Tuan Intai Janda Ini Buat Ramai Terhibur. Lawak!

"He understood the assignment" - Warganet.

Cover image via @miss.terius_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi sesiapa saja yang memelihara kucing, sudah pasti anda akan melatih si gebus untuk membuat pelbagai perkara seperti meminta makanan, menyahut dan macam-macam lagi bukan?

Ada juga kucing yang menunjukkan gelagat seperti manusia kerana terbiasa melihat tuan mereka dan pandai berkomunikasi.

Seperti video yang tular baru-baru ini yang memaparkan gelagat seekor kucing mengikut gaya tuannya mengintai janda telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Spontan ikut gaya tuan intai janda, siap buat mata terbeliak

Menerusi video yang dikongsi oleh @miss.terius_, kelihatan dia sedang memangku kucingnya yang berwarna kelabu itu dan sengaja mengacah kononnya ada janda di seberang jalan rumahnya.

Apa yang melucukan adalah apabila kucing itu automatik mengikut gaya tuannya daripada gerak geri kepala sehinggalah ke mata.

"Haha macam mana boleh sama gerakan? Ghisau la kucing pun cari janda, sama-sama masuk air!" - Warganet

Ternyata, gelagat kucing dan tuannya itu telah menghiburkan orang ramai sehingga mencecah 4.5M views, 612.3K likes dan 6K shares di TikTok.

Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet tertanya-tanya bagaimana tuannya mengajar kucing untuk membuat gerakan yang sama seperti itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bukan main eh kau meow pandai intai janda, gatal! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: