Pandai Menyahut Bila Tuan Tanya Nak Makan Ke Tak, 3 Kucing Gebu Ini Buat Ramai Naik Geram
Pandai sungguh lah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memelihara kucing sememangnya dapat menghiburkan hati kita di kala bosan
Tambahan pula jika kucing yang dibela itu pandai mendengar dan mengikut kata tuan, ia pasti membuatkan kita geram melihat kecomelannya bukan?
Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila gelagat tiga ekor kucing gebu mendapat perhatian ramai gara-gara pandai menjawab soalan tuan mereka.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Tuan suruh jawab soalan serentak, semua pandai respon 'meow' sama-sama
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurinafiqaaah, kelihatan dia ketika itu ingin memberikan makanan kepada tiga ekor kucing gebunya.
Namun, dia sengaja menyuruh si gebus itu untuk bersuara dengan serentak apabila ditanya sama ada mereka mahu makan atau tidak.
Apa yang mengejutkan adalah apabila ketiga-tiga kucing tersebut memberikan respon seperti apa yang diminta oleh si tuan. Mereka seolah-olah menjawab 'ya' dengan serentak dan 'meow' bersama-sama.
"OMG kenapa comel and pandai sangat ni? Apparently they understood the assignment" - Warganet
Ternyata, video berkenaan berjaya membuatkan ramai cair dan sehingga kini telah mencecah 2.2M tontonan, 235.2K tanda suka serta 5.1K perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur dan geram melihat gelagat comel ketiga-tiga kucing gebu itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!