seismik

"Karma Live" - Pemain Takraw Seronok Betul Dapat Point, Sekali Malu Gigi Tersangkut Jaring

Alamak! Macam sakit tu.

Cover image via @astroarena (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, telah berlangsungnya perlawanan Liga Sepak Takraw di Stadium Indera Mulia, Ipoh

Selain dari bola sepak dan badminton, sepak takraw juga turut mendapat perhatian para peminat suka di negara kita.

Namun, satu insiden lucu telah berlaku kepada pemain dari pasukan Black Panther semasa perlawanan mereka telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@astroarena Gigi melepasi jaring! Harap-harap gigi hang okay, Mat Oni. Aekasit tak boleh tahan dah tu . #inimilikkita #emasanuarstl original sound - Astro Arena

Seronok dapat mata, tak pasal-pasal kena tanggung malu lepas gigi melepasi jaring

Menerusi perkongsian video daripada akaun TikTok @astroarena, kelihatan pemain takraw yang dikenali sebagai Mat Oni itu baru saja mendapatkan mata untuk pasukannya.

Tetapi, momen gembira itu bertukar kepada peristiwa lucu apabila gigi Mat Oni tersangkut pula di jaring ketika dia dikatakan 'menganjing' pasukan lawan.

Insiden itu sekali gus membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa termasuklah pengadil dan pengulas perlawanan tersebut.

"Kifarah, haha lain kali beringat kalau nak menganjing. Berdekah satu rumah" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.5M views, 116K likes dan 6.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Mat Oni yang terus tertunduk selepas giginya tersangkut pada jaring itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Member baru nak seronok, dah kena tahan malu pula kat situ :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: