"Tersalah Emoji" - Cucu Sedih Mengadu Kucing Mati, Tapi Cara Nenek Reply Pula Bikin Dekah
Savage la nenek!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aplikasi WhatsApp sudah lama menjadi medium utama setiap orang untuk berhubung dengan ahli keluarga dan kawan-kawan
Namun, tidak dinafikan masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menggunakan aplikasi itu lebih-lebih lagi apabila ingin meletakkan emoji.
Kebiasaannya, golongan warga emaslah yang masih terkial-kial untuk menggunakan WhatsApp kerana tidak tahu ingin menaip dan guna emoji-emoji dalam aplikasi tersebut.
Jadi, tidak hairanlah jika berlaku situasi-situasi lucu dalam conversation keluarga seperti apa yang terjadi di video tular ini apabila seorang nenek tersalah menggunakan emoji mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cucu mengadu kucing mati, tapi nenek pula tersalah guna emoji gelak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @afief89, kelihatan seorang budak lelaki bernama Aiman itu mengadu kepada neneknya bahawa kucing kesayangannya telah mati dalam group WhatsApp keluarga mereka.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila si nenek yang dikatakan baru mula belajar menggunakan aplikasi WhatsApp telah membalas mesej Aiman dengan emoji yang salah.
Dia yang sepatutnya menggunakan emoji sedih dan menangis tersalah guna emoji gelak seolah-olah seronok apabila kucing Aiman mati.
Bukan itu saja, nenek itu juga terguna emoji jari tengah apabila dia sebenarnya ingin mencari nombor satu.
"Kemain nenek kau siap bagi middle finger, hahaha sakit perut gelak" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih sehingga 2M views, 219.2K likes dan 17.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut berdekah membaca ayat nenek Aiman itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!