seismik

Sakan Layan Tetamu, Pengantin Tak Perasan Suami Kena 'Sailang' Dengan Member Sendiri

Sporting betul ya pengantin perempuan ni.

Cover image via @ainazamz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis persandingan merupakan antara momen yang ditunggu-tunggu oleh para pengantin baru

Hal ini kerana waktu itulah mereka dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama dan tetamu lain. Malah, ramai dapat menyaksikan seri kedua mempelai di hari indah itu.

Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila seorang pengantin perempuan membuat hal di majlis sandingnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ainazamz

pengantin pempuan sibuk layan member sampai tak sedar laki dah kena sailang

original sound - naina

Sibuk layan tetamu sampai tak sedar member sendiri syok bergambar dengan suami atas pelamin

Menerusi perkongsian video daripada @ainazamz, kelihatan pengantin lelaki itu duduk seorang diri di atas pelamin.

Manakala, pengantin perempuan pula dikatakan sibuk melayan tetamu iaitu kawan-kawannya sehingga terlupa si suami.

Apa yang menghiburkan adalah apabila salah seorang kawan kepada pengantin perempuan sengaja mengambil gambar dengan suaminya sebelum dia tersedar kerana sakan melayan tetamu.

"Pengantin sibuk layan member sampai tak sedar laki dah kena sailang," tulis si perakam di kapsyen.

"Bukan kaleng-kaleng sailang waktu sanding hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M views, 128.5K likes dan 670 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin perempuan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Yang kawan dia pun dengan muka selamba je duduk atas pelamin tu ya, nasib baik ada jarak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: