seismik

"Sempoi Je" - Tular Pengantin Baru Ini Pakai Baju Simple Dapat Perhatian & Pujian Warganet

Comel je dua-dua.

Cover image via @safianasir_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila sebut tentang pernikahan dan persandingan, sudah pasti ramai di luar sana inginkan majlis yang sempurna bukan?

Iyalah, apa gunanya bercinta lama-lama dan susah senang bersama mengumpul duit kalau tidak mahu melakukan majlis yang diidam-idamkan.

Ada yang berhabis sampai berpuluh ribu kerana inginkan majlis kahwin yang gah sebagai memori di hari tua. Namun, ada juga yang hanya inginkan majlis resepsi yang ringkas saja asalkan bermakna.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila sepasang pengantin baru mendapat perhatian ramai gara-gara baju kahwin mereka yang sangat simple.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pakai baju macam nak pergi beraya, sempoi sarung cincin depan pejabat agama

Menerusi perkongsian video daripada @safianasir_, kelihatan pengantin baru itu sedang berada di luar kawasan pejabat agama.

Apa yang mencuri tumpuan adalah pakaian mereka dilihat begitu ringkas dan kemas dengan hanya memakai baju melayu serta baju kurung berwarna maroon tanpa aksesori lain.

Malah, mereka juga sempat menyarungkan cincin di luar pejabat agama itu dan mengambil gambar sedikit sebagai kenangan.

"Pengantin paling sempoi, mas kahwin dalam angpau je. Sarung cincin kat luar pejabat agama je geng," kata adik kepada pengantin lelaki itu.

"Islam itu mudah, congratulations to both of you. Inai pun tak pakai, sempoi mempoi" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 744.9K tontonan, 77.8K tanda suka dan 2.3K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut memuji pakaian kedua-dua pengantin yang sederhana tetapi masih cantik.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Seronok pula tengok diaorang, tak perlu over sangat janji sah dan dua-dua happy. Tahniah! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: