[VIDEO] Isteri Beria Buat Kejutan Bagi Kek Hari Jadi, Tapi Reaksi Suami Buat Ramai Geram
Kesiannya isteri dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam setiap perkahwinan, sifat kasih sayang perlu dikekalkan sebagai tanda kita menghargai pasangan
Oleh itu, suami dan isteri haruslah sama-sama membahagiakan pasangan dengan mencuba pelbagai cara untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Sebagai contoh, membuat kejutan pada hari lahir mereka dengan membelikan kek atau jika nak ekstra sikit buat majlis sambutan kecil-kecilan di rumah.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita membuat kejutan hari jadi kepada suaminya telah mengundang marah orang ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Teruja tunggu suami balik siap pegang kek birthday, sekali lain pula yang jadi
Menerusi video yang dikongsi oleh @c_ehem, kelihatan wanita itu sedang memegang kek hari jadi sambil menunggu kepulangan suaminya di depan pintu rumah mereka.
Walau bagaimanapun, raut wajahnya yang gembira bertukar menjadi lain apabila reaksi si suami tidak seperti apa yang dijangka.
Sebaik saja suaminya membuka pintu rumah, wanita itu pantas menyanyikan lagu hari jadi buatnya. Namun, dia dengan selamba tidak menghiraukan isterinya langsung dan terus menuju ke tempat lain sambil membuat muka ketat.
Bukan saja tidak melayan isteri, malah sedikit senyuman pun tidak diberi. Perkara itu membuatkan wanita tersebut kecewa, namun dia tetap tersenyum untuk menyembunyikan perasaan sedihnya.
"Nangis aku tengok, hargailah effort isteri tu. Jangan sampai isteri tawar hati" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah sehingga 15.7M views, 1.1M likes serta 36.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut merasa geram melihat reaksi lelaki tersebut yang tidak wajar dilakukan.
Malah, ramai yang merasa simpat terhadap wanita itu kerana faham akan perasaan kecewanya apabila kejutan hari jadi tidak dilayan suami.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: