seismik

Penangan Kena Tinggal Dengan Awek, Pemuda Nekad Kuruskan Badan & Glow Up Susut Sampai 50kg

Inspiration!

Cover image via @tuanrafiq21 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam setiap hubungan percintaan, soal rupa paras dan fizikal seseorang itu tidak sepatutnya dijadikan isu sekiranya kita menerima pasangan seadanya

Namun begitu, sebenarnya masih ramai orang di luar sana yang memilih rupa paras pasangan yang cantik atau tampan kerana takut diejek oleh kawan-kawan sekeliling.

Sama seperti apa yang berlaku kepada seorang pemuda ini apabila dia ditinggalkan oleh kekasih kerana bentuk badannya yang besar telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Malu kawan ejek badan pakwe macam gajah, ambil keputusan untuk putuskan hubungan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tuanrafiq21, kelihatan dia menceritakan kisah cintanya yang telah mengubah dirinya daripada seorang berbadan gempal menjadi lelaki kurus dan bergaya.

Menurut pemuda tersebut, dia telah ditinggalkan oleh kekasihnya hanya kerana badannya gemuk. Bekas teman wanitanya malu gara-gara ramai kawannya mengejek lelaki itu macam gajah dan tidak layak untuk bercinta dengannya.

Disebabkan kecewa, pemuda berkenaan nekad untuk menguruskan badannya untuk membuktikan bahawa dia juga boleh berubah. Apa yang lebih menarik adalah, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram iaitu dari 120kg ke 70kg.

"Ruginya perempuan tu, glow up dia bukan main hensem. Proud of you!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah mencecah 1.6M views, 213.4K likes dan 6.5K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut merasa kagum dan terinspirasi dengan perubahan pemuda tersebut.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa bekas teman wanitanya sudah tentu rasa menyesal kerana meninggalkannya dulu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Betul-betul glow up ni, terbaiklah bro! Setiap benda yang jadi mesti ada hikmahnya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: