seismik

Dulu Saja Mengurat Abang Angkat, Tak Sangka Rupa-Rupanya Suka Sama Suka Terus Berjodoh

Betul-betul terangkat ni.

Cover image via @normaliamansor_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ketika zaman belajar dulu, pasti ada di antara anda pernah menjalinkan hubungan sebagai adik, kakak atau abang angkat bukan?

Kononnya, kalau ada abang atau kakak angkat, kita tidak mudah diganggu oleh senior lain di sekolah kerana ada 'cable' kuat.

Namun, kadangkala ada juga yang tersangkut bercinta dengan abang dan kakak angkat sehingga ke ikatan perkahwinan.

Sama seperti sebuah kisah yang dikongsi oleh seorang wanita ini apabila dia bertemu jodoh dengan abang angkatnya menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@normaliamansor_

Ni orang panggil "mula mula abg angkat lame lame terangkat"

suara asli - #Akbar_Alfarizi

Mula-mula mengurat abang angkat dan tak dilayan, tak sangka pula diam-diam suka sama suka

Menerusi video yang dimuat naik oleh @normaliamansor_, kelihatan dia menceritakan bagaimana kisah cintanya bersama abang angkat akhirnya menjadi suami.

Menurutnya, dia yang memulakan misi mengurat terlebih dulu. Namun, abang angkatnya tidak melayan dan membuatkan dia hampir give up.

Tetapi, rupa-rupanya lelaki itu juga menyimpan perasaan sama terhadapnya. Akhirnya, mereka bertemu jodoh dan kini mempunyai seorang cahaya mata bersama.

"Alhamdulillah akhirnya jadi abang sayang. Semoga berbahagia hingga ke syurga" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 150.2K views, 13K likes 286 shares di TikTok, rata-rata netizen memberikan reaksi masing-masing mengenainya.

Malah, ramai yang berkongsi kisah cinta yang sama iaitu bertemu jodoh dengan adik dan abang angkat mereka dulu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Romantiknya kisah cinta diaorang. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah sis dan suami :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: