Teman Isteri Exercise Sebelum Masuk Labour Room, Lelaki Ini Selit Nasihat Buat Para Suami
Besarnya pengorbanan seorang isteri.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Semua orang tahu, melahirkan anak bukanlah satu perkara yang mudah bagi semua wanita hamil
Sakit yang tidak tertanggung sambil bertarung nyawa demi melahirkan zuriat sebagai hadiah buat suami, kaum wanita sememangnya sangat kuat.
Oleh itu, para suami haruslah menghargai pengorbanan terbesar isteri. Cukup dengan hanya menjaga mereka dan berada di sisi mereka saat ingin melahirkan sudah memadai untuk menenangkan isteri.
Sama seperti sebuah video ini apabila seorang lelaki menemani isterinya membuat exercise sebelum masuk ke dalam labour room telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bersyukur dapat seorang isteri yang hebat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @azwan232323, kelihatan lelaki itu sedang memegang erat tangan isterinya sambil menemaninya membuat beberapa gerakan exercise sebelum masuk ke wad bersalin.
Sebak melihat isterinya menahan sakit contraction, lelaki itu sempat mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana hadirkan seorang wanita yang hebat untuknya.
Malah, dia sempat mengingatkan para suami di luar sana supaya menghargai pasangan masing-masing kerana sesungguhnya melahirkan zuriat bukanlah mudah.
"Alhamdulillah, tahniah. Hargailah pengorbanan tersebut, sakitnya sangat mendalam" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 1.1M views, 61.3K likes dan 1.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut merasa sebak selepas melihat isteri lelaki itu menahan sakit.
Malah, ramai wanita meminta para suami untuk menghargai pengorbanan mereka yang telah bertarung nyawa semasa melahirkan zuriat kerana sakitnya tidak tertanggung.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: