seismik

Pengantin Lelaki Menangis Masa Akad Nikah Ini Undang Sebak, Ayah Mentua Siap Tolong Pujuk

Mungkin dia sebak baca isi kandungan lafaz taklik tu.

Cover image via @dianasruddin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis akad nikah merupakan momen yang amat bermakna untuk pengantin lelaki dan perempuan

Suasana sebak akan menyelubungi ruang akad nikah kerana masing-masing tidak menyangka hubungan yang banyak dugaannya sebelum ini akhirnya berjaya dibina sebagai masjid.

Malah, ada sesetengah pengantin lelaki terlalu sebak sehingga tidak dapat menahan air mata ketika itu kerana sedar akan menggalas tanggungjawab yang besar dan menggantikan tempat ayah kepada isteri.

Sama seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang pengantin lelaki menangis semasa membaca lafaz taklik telah mengundang sebak ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dianasruddin

Reply to @ftnazhn ayah i yang tolong pujuk

original sound - dianasruddin

Menangis masa akad nikah sampai ayah mentua tolong pujuk

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dianasruddin, kelihatan suaminya itu sedang membaca lafaz taklik semasa upacara akad nikah mereka berlangsung di sebuah masjid.

Namun, apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila suaminya dilihat menitiskan air mata ketika meneliti isi kandungan dalam lafaz taklik tersebut.

Mungkin sedar akan tanggungjawab yang bakal digalas, dia tidak mampu menahan sebak. Malah, ayah pengantin perempuan juga dilihat sangat tenang sambil memujuk menantunya itu supaya dapat mengurangkan perasaan sedihnya.

"Hanya yang betul faham ikrar sumpah tentang tanggungjawab bila dah bergelar seorang suami je auto akan sebak, tak mampu nak habiskan kata" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.5M tontonan, 123.1K tanda suka dan 4K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa sebak selepas melihat pengantin lelaki itu menangis.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jangan salah faham pula guys, tak semestinya lelaki yang tak nangis masa akad nikah tu tak fikir tanggungjawab. Apa-apa pun tahniah buat kedua mempelai :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: