seismik

Isteri Curiga Terjumpa Mask Bergincu Dalam Kereta, Rupa-Rupanya Suami Malas Layan Sebab...

Plot twist betul!

Cover image via @aina2wins (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi lumrah orang perempuan dan prasangka buruk atau perasaan curiga berpisah tiada

Kadangkala, mereka suka overthinking benda yang buruk sedangkan perkara tersebut tidak terjadi pun lagi. Apatah lagi merasa curiga dengan pasangan sendiri apabila ada yang tidak kena di mata.

Namun, itulah bukti bahawa mereka sayangkan pasangan sebenarnya. Sama seperti sebuah video ini yang tular di laman TikTok memaparkan seorang wanita yang curiga dengan suaminya selepas terjumpa face mask bergincu dalam kereta telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mula fikir bukan-bukan lepas ternampak face mask bergincu dalam kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @aina2wins, kelihatan dia sedang berada dalam kereta bersama suaminya untuk menuju ke sebuah destinasi.

Namun, dia menjadi curiga dan mula berprasangka buruk kepada suaminya selepas terjumpa face mask yang terdapat kesan gincu di dalamnya.

Suaminya dilihat malas nak melayan apabila disoal tentang tuan empunya face mask itu dan menyuruh si isteri bertanya kepada anak perempuan mereka.

Lebih melucukan lagi, rupa-rupanya face mask tersebut dipakai oleh anak mereka semasa mereka pergi bercuti ke Cameron Highlands.

"Rupanya tu face mask bonda, kak long pakai masa kat Cameron dia kata memang ada kesan gincu dekat situ. Patutlah papa dia malas layan mama. Hahahaha," katanya.

"Kalau bini aku pun serupa aku diamkan je sebab tau makin dilayan makin menjadi pusing habis pluto matahari dia punya pemikiran, haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 771.3K views, 19.1K likes dan 126 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan plot twist cerita wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, buat lawaklah sis ni. Jauh betul perginya pemikiran tu, overthinking sangat :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: