seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Buat Kejutan Birthday Isteri Dalam Sungai, Reaksinya Pula Dapat Tumpuan

Dalam betul air dia, nasib baik tak hanyut kerusi dengan meja tu.

Cover image via @sitizulaikha0708 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam perkahwinan, sudah semestinya kita ingin membuat kejutan yang istimewa pada hari jadi suami atau isteri masing-masing bukan?

Tidak kiralah lama mana pun rumah tangga itu dibina, kasih sayang antara suami dan isteri perlulah dikekalkan dengan cara membahagiakan mereka sebagai tanda penghargaan susah senang bersama.

Baru-baru ini, sebuah video telah mendapat perhatian para warganet di TikTok gara-gara seorang lelaki membuat kejutan makan di dalam sungai buat isterinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sitizulaikha0708

Request customer Dusun Durian Teratak Chu Tiah,Changlun Kedah. ##fyp ##fypdongggggggg

Tetap Disini - Hendry Dekrath

Air dalam sampai meja hampir tenggelam, reaksi isteri macam tak tahu nak happy ke sedih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sitizulaikha0708, kelihatan si perakam yang merupakan perancang sambutan hari jadi itu mendapat special request daripada pelanggannya yang ingin membuat surprise untuk isterinya.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila pelanggan itu tiba di kawasan sungai tersebut, air di dalamnya sangat dalam dan agak deras.

Lebih menghiburkan lagi, reaksi isteri lelaki itu dilihat seolah-olah keliru ingin gembira atau tidak sebaik saja dia melihat air yang dalam membuatkan satu set meja dan kerusi separuh tenggelam. Namun, mereka tetap duduk dan menikmati sambutan hari jadi itu bersama anak-anak mereka.

"Muka akak happy ke sedih kak? Hahaha tak boleh berenang lagi ke spot dia pilih" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 111.3K views, 3.9K likes dan 393 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat situasi yang agak lucu itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Husnuzon je, mungkin diaorang pun tak sangka air nak naik tu. Yang penting surprise menjadi! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: