seismik

Lagu Tiba-Tiba Berhenti Masa Tengah Menari, Geng Lelaki Ini Dipuji VIP Pandai Cover Malu

Ini namanya professional!

Cover image via @jackrandoms (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang memalukan dalam hidup bukan?

Kadangkala insiden tersebut terjadi tanpa sengaja dan mungkin boleh berubah menjadi pengalaman manis yang baru.

Sama seperti apa yang berlaku kepada sekumpulan penari lelaki ini apabila sesuatu terjadi semasa mereka membuat persembahan tarian telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jackrandoms

bapak malu depan VIP but they said we were professional HAHAHAHAH

original sound - retired

Lagu tiba-tiba berhenti masa tengah menari, nasib baik pandai control

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jackrandoms, kelihatan dia dan kawan-kawannya sedang membuat persembahan tarian sempena sebuah majlis yang dihadiri oleh VIP.

Namun semasa mereka sedang menari, tiba-tiba muzik berhenti kerana masalah teknikal. Apa yang lebih menarik adalah mereka tetap meneruskan langkah tarian sambil mengikut tempo melalui mulut masing-masing.

"Bapak malu depan VIP but they said we were professional hahaha," katanya di kapsyen video tersebut.

"The real terkinja-kinja I can accept, aku sampai tak jumpa silapnya sebab nampak perfect je" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 697.7K views, 128.3K likes dan 2.3K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan memuji cara mereka mengawal keadaan di pentas.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakar tapi tak dinafikan memang comel semua pandai cover. Salute! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: