seismik

[VIDEO] Seronok Lambai Family Sampai Ternaik Escalator Lawan Arah, Gadis Ini Curi Tumpuan

Ni semua salah escalator.

Cover image via @pluxxycorka (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah bagi pelajar universiti setiap kali ingin pulang ke kolej sudah pasti akan dihantar oleh keluarga

Setelah berbulan lamanya cuti, sudah pasti timbul rasa rindu dan berat hati untuk kembali berjauhan dengan keluarga bukan?

Oleh itu, keluarga selalunya akan menemani kita ke stesen bas atau kereta api sehinggalah hilang dari pandangan. Semasa itu, jangan cakaplah berapa kali pusing ke belakang untuk memberikan lambaian kepada mereka.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila gelagatnya melambai keluarga sehingga tersalah naik eskalator di stesen bas telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Leka lambai keluarga sampai tak sedar ternaik eskalator lawan arah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pluxxycorka, kelihatan semasa itu dia sedang berada di sebuah stesen bas dan dihantar oleh keluarganya seperti ingin pulang ke kolej.

Seperti biasa, rutin melambai keluarga tetap ada dan dia dilihat membawa beg galas dan beberapa lagi beg kecil di kiri dan kanan tangannya.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila sebaik saja dia ingin menuruni eskalator ke bawah, dia dilihat teragak-agak melihat langkahnya yang sebenarnya ternaik eskalator arah ke atas.

"Eskalator tu memang salah, dah berpuluh kali I lalu memang tu laluan untuk turun" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah 812.6K views, 82.7K likes serta 1.6K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat gadis itu yang ternyata malu tersilap naik eskalator itu. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Pelik juga kenapa eskalator tu menaik sedangkan tu memang laluan untuk turun? Hmm, tak pasal-pasal malu kat situ :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: