seismik

Menjerit Sampai Satu Mall Dengar, Rupa-Rupanya Budak Perempuan Ini 'Takut' Naik Escalator

Kesian dia.

Cover image via @viviwulandari311 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah dalam hidup, setiap daripada kita pasti ada rasa takut kepada sesuatu bukan?

Ada yang takut kepada serangga, ada juga yang takut untuk melakukan aktiviti ekstrem kerana mudah rasa gayat dengan ketinggian dan sebagainya.

Namun, lain pula dengan video viral di Indonesia ini apabila seorang kanak-kanak perempuan menjerit satu mall gara-gara takut naik escalator mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

Menjerit sampai satu mall dengar, rupa-rupanya takut naik escalator

Menerusi perkongsian video daripada @viviwulandari311 yang merupakan salah seorang pengunjung di pusat beli belah itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan menjerit ketakutan sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Menurut si perakam, kanak-kanak itu menjerit dengan kuat kerana dia takut untuk menuruni escalator di dalam pusat beli belah tersebut.

"Biasalah anak orang kampung" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat sehingga 12.9M tontonan, 428.4K tanda suka dan 2.8K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Ada yang meluahkan rasa simpati kepada kanak-kanak itu kerana mungkin dia pertama kali merasa pengalaman naik escalator.

Ada juga yang memarahi ibunya kerana tidak tarik si anak dengan lebih cepat kerana kemungkinan besar kakinya boleh tersepit di celah escalator tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin tu memang first time dia naik escalator, ramai je masa kecil dulu macam ni juga kan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: