[VIDEO] Sarung Seluar Dalam Di Kepala, Telatah Kanak-Kanak Perempuan Ini Buat Ramai Geram
Macam-macam peel, comel sangat aih!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak yang pandai dan banyak akal sememangnya dapat membahagiakan hati ibu bapa
Bak kata pepatah, sejuk perut ibu mengandung. Tambahan pula jika anak yang dilahirkan itu sudah petah berkata-kata sejak kecil seusia dua tahun.
Namun, kadangkala mereka juga sering membuat hal yang tidak terduga. Malah, telatah mereka juga boleh membuatkan sehingga si ibu dan ayah menepuk dahi.
Sama seperti video seorang kanak-kanak perempuan yang semakin famous di media sosial ini iaitu Yaya apabila dia menyarungkan seluar dalamnya di kepala mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat hal sarung spender dekat kepala, siap buat peace
Menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat itu, kelihatan Yaya sedang ditertawakan oleh ibu dan ayahnya kerana dia menyarungkan beberapa helai seluar dalam di kepalanya.
Ayahnya yang dipanggil Abi memuat naik video itu dan menulis kapsyen "Kalau tertengok masa dok sembahyang tu mau mama abi renggah gelak tak khusyuk! Tengok la dia dok bersiap, hampa tengok muka dia".
"Geram aih rasa nak culik simpan dalam peti ais haha" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih 215.4K views, 13.1K likes dan 462 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah Yaya yang comel itu.
Kecomelan Yaya itu membuatkan dia sudah viral banyak kali dan sekali gus mencuit hati orang ramai untuk berkahwin dan mempunyai anak sepertinya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: