seismik

"Bagi Duit Dekat Ayah Pin Ke?" - Baru Nak Buat Surprise, Sekali Lain Pula Yang Jadi

Alamak!

Cover image via @queenfloranafira (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila tibanya hari istimewa seperti sambutan ulang tahun, hari ibu atau hari bapa, sudah pasti kita ingin memberikan surprise buat orang yang tersayang

Memandangkan hari istimewa tersebut hanya disambut setahun sekali, apa salahnya jika kita membahagiakan mereka dengan memberikan hadiah bukan?

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular di TikTok ini apabila seorang gadis yang ingin menyediakan servis surprise belon dan duit mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nak tunjuk belon dan duit sudah siap disediakan untuk customer yang ingin membuat surprise hari ibu, sekali lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @queenfloranafira, gadis itu ingin menunjukkan hasil belon dan duit yang dia siapkan untuk pelanggannya.

Namun sebaik saja dia membuka ikatan reben pada belon tersebut, ia secara tiba-tiba terbang ke atas bersama dengan sejumlah wang yang dilekatkan padanya.

Gadis itu tidak menyangka belon itu akan terbang dan memberitahu bahawa jumlah keseluruhan duit yang sepatutnya dilekatkan pada belon adalah RM300.

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana cuma empat helai duit RM1 saja yang terbang dan duit selebihnya masih berada di dalam bakul merah itu.

Lihat video sambungan penuh di bawah:

@queenfloranafira

Reply to @anggunthebunga jumlah semua rm300 tali dgn duit tak kena tape. Nasib 4helai kat Depan ja tekorban. Klau tak sis pun nangis ##fypp

original sound - Jecus Andrei

"Last-last dia jatuh and orang pun cakap duit jatuh dari langit" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 4 juta tontonan, 376.9K tanda suka dan 3.3K perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut merasa terkejut melihat belon dan duit itu terbang. Malah, ada yang sempat bergurau mengatakan duit itu diberikan kepada kerajaan Ayah Pin di langit.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sayangnya dah ready nak buat surprise, boleh melayang pula :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: