seismik

[VIDEO] Gadis Ini Tenang Dapat Tahu Pakwe Dah 'Beristeri', Tak Sangka Endingnya Plot Twist

"Steady je dia. Budak baik ni" - Netizen.

Cover image via @deechanteq (TikTok)

Siapa je yang tak suka dapat surprise kan? Lebih-lebih lagi daripada orang yang tersayang.

Dengan memberikan kejutan istimewa, sudah tentunya ia dapat menceriakan hari seseorang dan akan diingati sebagai kenangan terindah dalam hidup.

Namun, tidak semestinya kejutan itu diberikan dengan cara yang sweet saja. Ada sesetengahnya lebih suka membuat prank kepada pasangan untuk menjadikan surprise itu lebih bermakna.

Begitulah insiden yang dihadapi oleh gadis ini apabila dia diserang oleh seorang wanita yang mengaku sebagai isteri kepada boyfriendnya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@deechanteq

dah alang2 merajuk kak dee sakat sikit sbr ye bf tgh usaha nk halalkn awk tu..mga bhgia milik kalian dik...aamiin.

original sound - MANA||MILIK||KITA

Cuba kawal perasaan selepas kena warning dengan 'isteri' kepada boyfriendnya

Menerusi video berdurasi hampir 3 minit itu, si perakam sebenarnya merupakan surprise planner dan telah berkomplot dengan boyfriend gadis itu untuk memberi kejutan kepadanya.

Dia kononnya datang untuk memberitahu boyfriend gadis itu adalah suaminya dan meminta supaya gadis itu tidak menggangu rumah tangga mereka.

Gadis itu kelihatan tenang dan menerima amaran itu sebaik saja dia mendapat tahu boyfriendnya sudah beristeri walaupun riak mukanya di sebalik face mask itu jelas kelihatan dia sedang menahan perasaan sedih dan kecewa.

Namun, apabila si perakam menyuruh gadis itu mengikutnya sehingga ke kereta dan membuka pintu, kelihatan beberapa hadiah seperti belon, coklat dan teddy bear yang dikeluarkan dari kereta itu.

Gadis itu kemudiannya terkejut dan mengesat air matanya apabila mendapat tahu itu hanyalah prank yang dirancang oleh boyfriendnya bersama Kak Dee.

"Salute adik ni tak mau suami orang. Moga murah rezeki dan bakal suamimu itu adalah lelaki yang baik. Amiin" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini mencecah 783,500 tontonan dan 68,200 tanda suka di TikTok, gadis itu dipuji ramai kerana reaksinya yang tenang dan menerima amaran untuk tidak mengganggu rumah tangga orang lain.

"Kalau dah kahwin tak apa, ramai lagi lelaki." katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut kesian dengan gadis itu yang kena prank dan mereka berkata jika mereka ada di tempat dia, confirm dah cuak bila dapat tahu boyfriend sendiri rupa-rupanya sudah berkahwin.

Antara komen menarik daripada netizen:

Kalau korang jadi dia, apa korang akan buat bila dapat tahu rupa-rupanya pakwe tu suami orang? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: