Siap Muntah Lepas Minum 'Air Sally' Di Starbucks, Instafamous Ini Teruk Dihentam Netizen
Kenapa sampai macam tu sekali?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini, kecoh di laman TikTok mengenai seorang instafamous dikatakan telah membuat reaksi menggelikan selepas minum air viral di Starbucks sehingga mendapat kecaman netizen
Jika anda mempunyai akaun TikTok, sudah pasti anda pernah mendengar nama influencer yang dikenali sebagai Sally atau username akaunnya @sallywhoo.
Gadis itu sering membuat video tutorial make up dan memiliki personaliti yang digemari ramai. Senang cerita, dia tidak pernah mencari masalah dengan sesiapa pun dan hanya membuat halnya sendiri.
Namun, baru-baru ini namanya timbul gara-gara seorang instafamous telah mencuba resepi airnya di Starbucks yang diberi nama 'Air Sally' oleh netizen telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak buat content punya pasal, sanggup babitkan nama orang lain siap buat reaksi nak termuntah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nrhwz86, kelihatan dia berada di salah satu cawangan Starbucks untuk mencuba 'Air Sally' itu.
Resepi air tersebut adalah iced vanilla latte caramel upside down and on top with vanilla cold foam. Ternyata, air itu telah viral di seluruh cawangan Starbucks di Malaysia kerana ramai beginners yang belum pernah minum teringin nak cuba bagaimana rasanya.
Bagi peminat coffee, ramai yang mengatakan air itu sememangnya sedap dan tidak terlalu heavy untuk diminum. Namun, berbeza pula dengan instafamous ini yang seolah-olah mahu mencari pasal dengan mengutuk minuman tersebut di YouTubenya.
Malah, dia siap membuat muka jijik dan termuntah di Starbucks itu selepas meminum 'Air Sally'. Perkara itu telah membuatkan netizen naik angin kerana dia sebenarnya tidak perlu membuat reaksi berlebihan seperti itu.
"Tak suka just cakap jelah, why kena buat macam ni? Dia ni dengan makanan rezeki tak pernah nak hormat. Tak senonoh tak ada adab" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 2.5M views, 59.7K likes dan 6.1K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut merasa geram selepas melihat reaksi instafamous tersebut yang dianggap sangat keterlaluan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Pengajarannya dekat sini, kalau makanan atau minuman tu bukan taste kita, janganlah buat muka jijik sampai nak muntah macam tak hormat rezeki ya. Tekak orang lain-lain :)