[VIDEO] Gelagat 2 Lelaki First Time Order Starbucks Ini Undang Tawa & Curi Perhatian Ramai
Sebenarnya ramai je yang macam abang dua orang ni betul tak?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Minuman Starbucks sudah menjadi kegemaran ramai pada masa kini
Walaupun harganya agak mahal berbanding kedai minuman lain, namun peminat setia tetap tidak jemu membeli air di sana kerana rasanya yang premium serta berbaloi.
Namun tidak dinafikan, masih ramai di luar sana yang tidak pernah minum Starbucks dan tidak tahu bagaimana hendak membuat pesanan di kaunter mahupun drive-thru.
Sama seperti sebuah video viral ini apabila gelagat dua orang lelaki pertama kali membeli air di Starbucks telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tekak mengidam Starbucks tapi tak pandai nak order
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shfqjml, kelihatan mereka berdua sedang membuat pesanan melalui drive-thru Starbucks.
Disebabkan itu merupakan pertama kali mereka membeli minuman di situ, mereka berdua agak kekok semasa membuat pesanan kerana tidak tahu nama spesifik minuman yang hendak dibeli.
Lebih menghiburkan lagi adalah apabila lelaki berbaju belang yang seolah-olah sudah menghafal minuman yang hendak dipesan akhirnya hanya memberitahu dia mahukan air coklat.
"Weh muka dah confident siak last-last jawab saya nak air coklat hahaha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 744K views, 93.8K likes dan 3.4K shares di laman TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Tak apa bang, yang penting confident dan dapat air yang nak diminum tu. Lepas ni boleh cuba air lain pula! :D