seismik

Baru Nak Ajak Bergurau, Sekali Pembaca Berita Ini Terciduk 'Kalah' Dengan Member Sebelah

Kesian member tak bagi chance langsung.

Cover image via @minie_the_tortoise (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kali menonton berita di televisyen, sudah pasti rancangan itu akan diakhiri dengan ucapan penutup daripada pembaca berita

Kadangkala, mereka akan menyelitkan peribahasa atau serangkap pantun untuk menjadikan ucapan penutup itu menarik.

Namun, lain pula yang jadi di dalam video ini apabila tular seorang pembaca berita TV3 yang selalu terciduk dengan rakan setugas telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Niat nak bergurau dengan rakan setugas, sekali terciduk pula

Menerusi rakaman tersebut, pembaca berita Buletin Utama yang dikenali sebagai Amirulhakim Ahmad Lokman itu cuba untuk bergurau dengan rakan setugasnya mengenai sebuah peribahasa.

Apa yang menghiburkan adalah apabila pembaca wanita itu sempat membalas ayat Amirul sekali gus membuatkannya tersengih lebar kerana menahan malu.

Bukan itu saja, Amirul juga pernah terciduk dengan rakan setugasnya yang lain apabila cuba berseloroh tentang isu selfie di dalam kereta.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

”Amirul ni jenis classmate yang suka bergurau tapi tak kena tempat, hahaha” - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 677.4K tontonan, 62.7K tanda suka dan 1.6K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pembaca-pembaca berita TV3 itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti lepas ni Amirul fikir dua kali sebelum bergurau dengan member sebelah :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: