Suami Kantoi Dating Dengan Awek Lain, Isteri Serang Kedai Makan Siap Rampas Semua Barang
Pandai buat pandailah tanggung.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam setiap rumah tangga, salah faham dan pertelingkahan itu adalah normal bagi semua pasangan
Namun, itu bukanlah tiket untuk salah seorang mengambil kesempatan dengan mencurangi suami atau pun isteri.
Sama seperti sebuah video ini apabila seorang lelaki kantoi berlaku curang dengan isterinya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah lama tak balik rumah, rupa-rupanya seronok keluar dengan perempuan lain
Menerusi video yang dikongsi oleh @dirmankdotcom, seorang wanita berjaya mengesan keberadaaan suaminya yang dikatakan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.
Apa yang lebih membuatkannya geram adalah suaminya itu terkantoi sedang bersama perempuan lain di sebuah kedai makan.
Sebaik tiba di kedai itu, wanita berkenaan terus menerjah pasangan tersebut dan sempat merampas dompet serta kunci kereta suaminya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 3.7M views, 114.4K likes dan 2.5K shares di TikTok
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram selepas melihat perangai lelaki itu yang tidak bertanggungjawab menyelesaikan masalah rumah tangganya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: