seismik

Anak Kahwin Dengan Orang Melayu, Gelagat Mak Bebel Suruh Kemas Rumah Buat Ramai Terhibur

Comel je mak dia bebel.

Cover image via @emiliacomot (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di Malaysia bukanlah satu perkara yang asing lagi

Ramai bangsa Cina dan India dilihat mendirikan rumah tangga dengan orang Melayu dan diterima baik oleh keluarga masing-masing.

Namun, lain pula yang jadi di dalam video ini apabila seorang wanita dibebel oleh ibunya yang berbangsa Cina semasa majlis kahwin menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mak bebel suruh pastikan rumah bersih masa kenduri anak sendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @emiliacomot, kelihatan wanita mualaf Cina itu sedang berborak panjang dengan si ibu di pintu masuk kenduri kahwinnya.

Dalam rakaman tersebut, ibunya dilihat selamba membebel kepada anaknya supaya menjaga suaminya serta memastikan rumah sentiasa bersih.

Hal itu menyebabkan anaknya yang cantik berbaju pengantin merasa segan dan sempat bergurau menyuruh ibunya balik sambil ketawa.

"Bagi lah bangsa apa sekali pun kalau dah namanya Asian mum memang semua sama haha" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1.1M views, 76.1K likes dan 970 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat anak-beranak itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mak mana yang tak bebel dekat anak sendiri kan? Walaupun kadang-kadang annoying, tapi semua nasihat diaorang berguna :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: