"Reaksi Anak Dia Win" - Baru Nak Buka Susu Kotak, Sekali Menggelupur Terpercik Satu Muka
Tak pasal-pasal mandi susu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Antara perkara yang boleh membahagiakan ibu bapa adalah dengan melayan kerenah anak-anak
Tambahan lagi apabila mereka sudah pandai membuat mimik muka dan memberikan reaksi di luar jangkaan, sudah pasti akan menghiburkan hari-hari kira bukan?
Namun, lain pula yang jadi di dalam sebuah video ini apabila seorang lelaki tidak sengaja membuatkan anaknya menggelupur telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah cuba buka susu kotak depan anak, tak sangka terus terpercik ke muka
Menerusi video yang dikongsi oleh @liazuzuzu, kelihatan lelaki itu sedang cuba membuka susu kotak di depan anaknya.
Sambil diperhatikan oleh si kecil yang menjeling ke arah kamera, lelaki itu tidak menggunakan straw malah dia menggigit di bahagian tepi kotak susu tersebut.
Namun, nasib tidak menyebelahi anaknya apabila susu itu terpercik ke seluruh mukanya dan membuatkan si kecil itu terkejut sehingga tidak mampu bersuara.
"Hahaha budak tu tak puas hati last tu pegang baju terus" - Netizen
Video berkenaan tular sehingga meraih 591.3K views, 27.9K likes dan 2.3K shares di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi anak lelaki itu yang pada awalnya sempat membuat 'muka'.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Yang ayah kau pun satu, benda boleh guna straw nak juga pakai cara manual. Kan dah kena muka anak :D