seismik

"Double Joke!" - Pemuda Minta Kawan Tahan Badan Elak Jatuh, Tapi Lain Pula Yang Jadi

Adik tudung pink okay tak tu?

Cover image via @syameer_azmi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok kini menjadi medium utama bagi para pengguna untuk berkongsi bakat dan momen lucu mereka

Kadangkala, mereka juga tidak menyangka video itu akan menjadi viral gara-gara aksi spontan yang berlaku di sekeliling.

Sama juga seperti sebuah video ini memaparkan dua kejadian lucu pada masa yang sama telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Niat nak rakam video dengan kawan-kawan, sekali lain pula yang jadi

Menerusi perkongsian video daripada @syameer_azmi, kelihatan dia dan dua lagi kawannya sedang berada di sebuah bangku taman rekreasi.

Pada awalnya, mereka ingin merakam video salah seorang berdiri sambil menyilangkan tangan di atas bangku sambil ditahan oleh dua orang pemuda di bahagian belakang supaya tidak jatuh.

Namun pada akhir video itu mereka dilihat tidak sempat untuk menahan badan kawan mereka dan menyebabkan dia terjatuh ke depan.

Lebih melucukan lagi, seorang remaja perempuan yang dilihat sedang berjoging juga tergelincir di belakang mereka membuatkan ramai berdekah kerana dua kejadian lucu itu berlaku pada masa yang sama.

"Aku tergolek tengok adik belakang tu haha nak ketawa takut dosa tapi sakit" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 12.6M views, 2.2M likes dan 50.2K shares di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut merasa simpati kepada remaja perempuan itu. Namun ramai juga yang tidak dapat menahan ketawa kerana kejadian lucu itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kesian adik tudung pink tu, tak pasal-pasal dia terlibat sekali dalam video :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik