Lelaki Ini Pelik Kipas Berpusing Tapi Bilahnya Tak Bergerak, Komen Netizen Pula Lucu Habis
"Kipas dah rancang semua, kita je lalai" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kipas angin berdiri sudah menjadi barangan elektrik yang wajib ada di setiap rumah pada masa kini
Tambahan pula dengan keadaan cuaca tidak menentu sekarang, sudah tentu kipas anginlah yang akan menyejukkan ruang di rumah atau bilik kita.
Walau bagaimanapun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang lelaki naik hairan kipas biliknya bergerak dalam keadaan tidak normal.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kipas berpusing tapi bilah pula tak bergerak
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @s_h_a_f_i_l_i, kelihatan lelaki itu sedang berada di dalam biliknya untuk menunaikan solat.
Tetapi, apa yang membuatkan perkara itu terbantut adalah apabila dia tersedar kipas angin di bilik itu bergerak dalam keadaan yang tidak normal.
Kipas itu didapati berpusing tetapi bilahnya tidak bergerak membuatkan lelaki tersebut naik hairan dan buntu memikirkan mengapa perkara itu terjadi.
"Angin jual asing tu, orang beriman je nampak" - Netizen
Ternyata, video berkenaan telah berjaya mencuri tumpuan sehingga mendapat 1M tontonan, 76K tanda suka serta 2.5K perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah sempat meninggalkan komen lucu dalam video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: