seismik

Syok Buat Mukbang Dalam Kereta, Sekali Ramai Cakap Muka Macam Pelakon Mak Cik Bawang Korea

Sekali pandang memang sama!

Cover image via @hazwani.mohd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang di muka bumi ini mempunyai pelanduk dua serupa

Pasti anda pernah mendengar bahawa terdapat tujuh orang yang memiliki rupa sama seperti kita bukan?

Sebenarnya, ia bukan mitos dan memang benar kadangkala kita sendiri pernah terjumpa dengan orang yang muka sama atau sipi-sipi macam kita.

Sama juga seperti sebuah video di TikTok ini apabila seorang gadis sedang membuat mukbang telah mencuri tumpuan gara-gara mukanya mirip pelakon Korea.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hazwani.mohd

Lumrah hidup bila kene jadi orang ketiga teman orang ngedate ##fyp

original sound - Hazwani Mohamad

Tak sangka video viral gara-gara muka sama macam mak cik bawang dalam drama Hometown Cha Cha Cha

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hazwani.mohd, kelihatan dia sedang menikmati roti cheese pelangi di dalam kereta sambil menemani kawannya yang sedang berdating.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila ramai mengatakan mukanya sama seperti seorang pelakon Korea di dalam drama popular Hometown Cha Cha Cha.

Pelakon tersebut ialah Cha Chung Hwa yang melakonkan watak sebagai mak cik bawang di dalam drama berkenaan.

Image via Cosmo.ph

Tidak dinafikan, sekali pandang wajahnya memang ada iras seperti pelakon itu. Gadis tersebut juga ada memberikan reaksinya selepas ramai yang menegur mukanya sama seperti pelakon itu.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@hazwani.mohd

Reply to @suerotcoklat siapa cakap sama tu meh sini tengok sama ke idok?!

original sound - Hazwani Mohamad

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 908.6K views, 120K likes dan 691 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat comel gadis itu membuat mukbang seorang diri

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama sepertinya iaitu menjadi orang ketiga semasa kawan sedang berdating.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak pasal-pasal viral ya. Okay lah tu sis, tak sia-sia teman kawan dating :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: