seismik

Pengantin Berbaju Kuning Diraja Dipuji Segak & Cantik, Tapi Lain Pula Yang Jadi Tumpuan

Mungkin dia nervous.

Cover image via @ninethography_123 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baju songket kuning diraja sememangnya menjadi idaman para pasangan pengantin baru untuk dipakai pada majlis persandingan mereka

Namun, bukan semua orang berani mahu mengenakan busana tersebut kerana risau warnanya tidak sesuai dengan warna kulit.

Lain pula dengan sepasang pengantin baru ini apabila mereka dipuji cantik bergaya memakai baju songket kuning diraja pada hari persandingan mereka.

Tetapi, lain pula yang menjadi perhatian orang ramai apabila melihat reaksi muka pengantin perempuan sepanjang rakaman itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Muka pengantin perempuan seperti moody dan tidak selesa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ninethography_123, kelihatan pasangan pengantin baru itu baru tiba di pekarangan dewan kenduri mereka.

Apa yang mencuri tumpuan adalah reaksi muka pengantin perempuan seolah-olah tidak selesa dan moody sejak mereka keluar dari kereta sehinggalah duduk di atas pelamin.

Ada yang berpendapat mungkin dia tidak selesa dengan kasut tingginya yang ketat atau kainnya yang singkat.

"Mungkin kain ketat kot tak selesa nampak tu. Susah nak jalan, tapi cantik" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 394K views, 30K likes serta 837 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin dia kurang selesa sebab baju tu ketat, tapi apa-apa pun cantik sangat pengantin pakai baju songket kuning diraja tu! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: