Pengantin Malu Nak Sentuh Suami, Sekali Mak Datang Dari Belakang Paksa Pegang Tangan
Awkward tapi sweet!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lumrah bagi pasangan pengantin baru, sudah tentu akan merasa gemuruh dan segan apabila pertama kali ingin menyentuh suami atau isteri bukan?
Baik yang bercinta bertahun lamanya mahupun mereka yang baru saja ingin mengenali pasangan masing-masing selepas berkahwin, tetap akan ada perasaan malu apabila pertama kali ingin menyentuh pasangan terutamanya perempuan.
Seperti sebuah video yang tular ini apabila pengantin perempuan segan disuruh memegang tangan suaminya buat pertama kali telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Segan lepas akad nikah disuruh pegang tangan suami untuk bergambar
Menerus perkongsian video daripada @cokolatpahit, kelihatan pasangan pengantin baru itu baru saja selesai majlis akad nikah mereka di sebuah masjid.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka diminta untuk bergambar memegang tangan sebagai tanda sah menjadi suami isteri.
Namun, si isteri dilihat tersipu malu dan agak kekok apabila disuruh memegang tangan suaminya itu. Dia juga menutup mukanya dengan bunga di tangan kerana segan dilihat orang ramai.
Lebih menghiburkan lagi, ibu kepada pengantin secara tiba-tiba datang dari belakang dan memaksa mereka untuk berpegangan tangan membuatkan pengantin perempuan bertambah malu lalu tergelak.
"Perempuan Melayu terakhir ni, tahniah! Senyum sorang-sorang dibuatnya" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut kini sudah mendapat 849.5K tontonan, 39.2K tanda suka dan 2K perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut memuji sikap pengantin perempuan yang dikatakan wanita Melayu terakhir kerana memang nampak dia seorang yang menjaga batas dari sebelum kahwin lagi.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Comel je malu-malu, tak apa sis biasalah tu first time kena mesra-mesra kan. Selamat pengantin baru! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!