[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Pegang Sepanduk Nama Anak Dekat Pintu Sekolah Cetus Momen Lucu
"Ingatkan ada rusuhan" - Netizen.
Mengambil anak balik dari sekolah sudah menjadi rutin bagi para ibu bapa
Namun, sejak wujudnya pandemik Covid-19 di negara kita, semua sekolah terpaksa ditutup demi mengekang penularan wabak tersebut.
Baru-baru ini, kerajaan telah membenarkan semula sesi persekolahan dibuka setelah kes positif dilihat semakin menurun dari hari ke hari.
Tetapi, belum pun genap seminggu sekolah dibuka, tular pula momen lucu di laman sosial TikTok di mana ragam ibu bapa mengambil anak balik dari sekolah telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video tular tersebut di bawah:
Ibu bapa gigih pegang sepanduk siap letak nama anak supaya boleh nampak dari jauh
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama Firdaus, kelihatan di luar perkarangan sekolah yang dirakamnya itu dibanjiri dengan ibu bapa sedang menunggu anak masing-masing.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila rata-rata ibu bapa membawa sepanduk siap ada nama anak mereka.
Situasi itu tidak ubah seperti rusuhan dan Firdaus juga sempat 'membahan' di dalam suasana riuh rendah itu seolah-olah dia berada di dalam sebuah event demonstrasi.
"Macam airport dah, semua tunggu anak keluar flight" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 80.3K views, 5.2K likes serta 368 shares di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat video berkenaan dan berkata suasana itu seperti di luar perkarangan airport di mana tour guide memegang sepanduk dengan nama customer.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: